Saturday 5 November 2011

inilah maman.. :)

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang 
ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan,Malaysia. Ia juga
 ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia dan Afrika.
Malah dikatakan nama Kemaman adalah dari nama maman. Di Negeri Sembilan, di 
antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini 
termasuklah Kg Sri Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, 
Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.

memg sedap~
kakau nak rasa dtg la Gemencheh di n9..hehe..

Bagi masyarakat Gemencheh, Malaysia, maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama dengan ayamdaging atau pun ikan bilis.Rendang maman boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap hari raya.
Rendang maman ini boleh dimakan bersama nasiketupatlemang atau pun nasi himpit. Rendang maman ini memerlukan santan yang banyak, lada api yang secukupnya dan juga asam keping untuk menghilangkan kesan pedas lada api tersebut.

Dalam Perubatan...

Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.
Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakithati dan hempedu.
Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

nak tgk pokok maman macam mana??
kt bawah ny pokok dye~ ^_^


walaupun pahit..hanya yang pakar shj yang tau masak rendang maman ney...
time RAYA memg wajib larh..
mahal jugak tw !
sekilo xdpt RM6 lg..
sekarang ney 1kg je dah hmpir mncecah RM10
kalau nak rasa..cubalah cari di N9
hehehe.. marilah dtg rumah pipah.. ada lagi nie.. sedap taw.. :)



No comments:

Post a Comment